Ulasan berkenaan Akta Keterangan (Pindaan) 2012.
Pautan dari artikel ini, boleh didapati di sini: http://amanz.my/2012/06/akta-keterangan-pindaan-2012-masih-belum-menyentuh-arena-internet-buat-masa-ini/
Lanjutan daripada artikel yang diterbitkan kami sebelum ini,
kami telah mendapat maklumbalas daripada beberapa pihak, dan ia
diketahui yang mana walaupun perubahan tersebut sedang dalam
perbincangan, namun Akta Keterangan (Pindaan) yang mula dikuat-kuasakan
bermula daripada hari ini masih tidak menekankan perkara berkaitan
internet lagi, dan ianya termasuk dalam perkara kedua pada akta
tersebut.
Namun perkara tersebut diketahui masih dalam perbincangan, dan buat
masa ini, Akta Keterangan (Pindaan) 2012 yang dikuat-kuasakan buat masa
ini adalah hanya perkara pertama, yang masih tidak mengaitkan dengan
Internet.
Dan dengan reaksi dan perbincangan pada pelbagai media atas-talian,
berkemungkinan ianya akan mengambil lebih masa sebelum dilaksanakan
sepenuhnya pada internet.
Pada masa yang sama, melalui komentar yang didapati daripada salah
seorang yang tidak ingin dikenali, beliau mengatakan yang mana sekiranya
pindaan pada bahagian kedua dilaksanakan, ia bukanlah membawakan
perkara negatif sepenuhnya, sebaliknya menjadikan para pengguna lebih
bertanggungjawab terhadap apa yang dikongsikan mereka di arena internet.
Memandangkan ianya masih berkait rapat dengan bukti dan keterangan,
maka ia masih mempunyai pelbagai proses untuk disahkan mahupun
sebaliknya. Perkara ini masih mempunyai kebaikkan dan keburukkannya
tersendiri, memandangkan pada dunia digital dan sekuriti mudah digodam,
ia membawakan kepada pelbagai perkara yang tidak dapat disangkakan.
Kami akan cuba mendapatkan komentar pelbagai pihak yang lain dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) memastikan kakitangan awam
memperolehi rumah yang sesuai didiami membuktikan polisi kerajaan itu
sebenarnya indah khabar dari rupa, bersifat sementara dan tidak
menangani sebarang permasalahan secara tuntas.
“Pendedahan Cuepacs bahawa lebih kurang 60 peratus penjawat awam
berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 di seluruh negara khususnya di
Lembah Kelang tidak mampu memiliki rumah sendiri merupakan satu lagi
bukti jelas kegagalan BN,” kata Nurul Izzah memetik kenyataan Ceupas dan
menjelaskan polisi jangka pendek BN tidak berhasil.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mempersoalkan penangguhan Skim
Saraan Malaysia (SSM) yang masih lagi belum dilaksanakan walaupun ianya
telah diubah daripada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
walaupun Najib telah mengumumkan perkara itu pada 8 Mac lalu.
“Sehingga hari ini, kita masih belum mendengar sebarang khabar berita
mengenai Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam yang
dijanjikan oleh Najib,” katanya dan menuduh kerajaan “mengeluarkan
kenyataan demi kenyataan bak silap mata ketika membuat pelbagai
pengumuman yang pada mulanya kelihatan bernas tetapi akhirnya terbukti
hanyalah janji kosong.”
Dalam cadangan SBPA, penjawat awam tinggi sepatutnya menikmati
kenaikan di antara RM30,000 hingga RM40,000 sedangkan penjawat awam
berpangkat rendah hanya dijangka menikmati kenaikan di antara RM10
hingga RM20.
Pendedahan terhadap perbezaan jurang pendapatan yang besar ini telah
mencetuskan kemarahan kakitangan awam di seluruh negara yang berada di
peringkat bawahan yang dianggarkan berjumlah sekitar 1.4 juta, dan
kebanyakannya terdiri daripada pengundi.
Kakitangan awam adalah bank undi buat BN, lebih-lebih lagi
memandangkan pilihan raya umum ke-13 bakal dilaksanakan dalam masa
terdekat.
Nota kaki: Kesian diorang ni, dah berusaha bermacam-macam dengan menurut je kehendak Najib dan Pencacai2 UMNO@UMNGOK, tapi diorang, bakal dan dah kena "kencing". Harap jangan sampai lokos sudah la yer...