Ulasan berkenaan Akta Keterangan (Pindaan) 2012.
Pautan dari artikel ini, boleh didapati di sini: http://amanz.my/2012/06/akta-keterangan-pindaan-2012-masih-belum-menyentuh-arena-internet-buat-masa-ini/
Lanjutan daripada artikel yang diterbitkan kami sebelum ini,
kami telah mendapat maklumbalas daripada beberapa pihak, dan ia
diketahui yang mana walaupun perubahan tersebut sedang dalam
perbincangan, namun Akta Keterangan (Pindaan) yang mula dikuat-kuasakan
bermula daripada hari ini masih tidak menekankan perkara berkaitan
internet lagi, dan ianya termasuk dalam perkara kedua pada akta
tersebut.
Namun perkara tersebut diketahui masih dalam perbincangan, dan buat
masa ini, Akta Keterangan (Pindaan) 2012 yang dikuat-kuasakan buat masa
ini adalah hanya perkara pertama, yang masih tidak mengaitkan dengan
Internet.
Dan dengan reaksi dan perbincangan pada pelbagai media atas-talian,
berkemungkinan ianya akan mengambil lebih masa sebelum dilaksanakan
sepenuhnya pada internet.
Pada masa yang sama, melalui komentar yang didapati daripada salah
seorang yang tidak ingin dikenali, beliau mengatakan yang mana sekiranya
pindaan pada bahagian kedua dilaksanakan, ia bukanlah membawakan
perkara negatif sepenuhnya, sebaliknya menjadikan para pengguna lebih
bertanggungjawab terhadap apa yang dikongsikan mereka di arena internet.
Memandangkan ianya masih berkait rapat dengan bukti dan keterangan,
maka ia masih mempunyai pelbagai proses untuk disahkan mahupun
sebaliknya. Perkara ini masih mempunyai kebaikkan dan keburukkannya
tersendiri, memandangkan pada dunia digital dan sekuriti mudah digodam,
ia membawakan kepada pelbagai perkara yang tidak dapat disangkakan.
Kami akan cuba mendapatkan komentar pelbagai pihak yang lain dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment