Thursday, May 31, 2012

Karya Terbaru dari Ramli Awang Murshid (RAM) - Sunan Musafir

Ramli Awang Murshid - Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Pada novel keenam ini, saya mahu menamatkan pengembaraan Laksamana Sunan. Titik noktah harus diletakkan sebagai penamat perjalanan yang penuh dengan suka duka, airmata dan titisan darah yang mengalir.
Segala puji kepada Allah S.W.T. kerana mengizinkan saya menyelesaikan tugas saya dengan sebaik mungkin. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana sentiasa menjadi inspirasi kepada saya dalam setiap tulisan saya.
Novel ini adalah novel terakhir mengenai Laksamana Sunan. 'Selamat Tinggal' itulah kata-kata akhir mahu saya ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi.
Andai anda terkesan membaca setiap episod mengenai Laksamana Sunan sehingga tersentuh di hujung hati anda, maka itu adalah kurniaan Allah kepada saya. Tapi andai ada yang tidak memuaskan cita rasa anda, itu adalah ketidaksempurnaan saya sebagai manusia dan saya mohon jutaan ampun dan maaf.

Sampai jumpa lagi.
Ramlee Awang Murshid

Sunan Musafir
 

ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta airmata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakan Saifudin menewaskan mereka?

Penutup bagi kisah-kisah pengembaraan Laksama Sunan. Yang dimulai oleh "Bagaikan Puteri", "Cinta Sang Ratu", "Hijab Sang Pencinta"(Trilogi pertama) dan diikuti dengan Trilogi yang kedua yang diawali dengan tajuk "Cinta Sufi" dan "Sutera Bidadari" manakala ini adalah pengakhirannya "Sunan Musafir".

Namun begitu, kalau betul ramalan admin, selepas ini Sunan Musafir pula akan mengambil alih. "Andika" atau Sunan Musafir (gelaran Saifudin untuk anaknya) akan menjadi kesinambungan bagi kisah-kisah epik Laksamana Sunan. Ini adalah kerana ada ayat seolah-olah akan menyambungkan kisah ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan Novel Sunan Musafir dan hayatilah keindahan susunan ayat dan gaya penceritaan yang mendebarkan.

No comments:

Post a Comment

View in Offshore

View in Offshore
Taken from on top of Helideck