JITRA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan
Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini malam
tadi, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda
Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.
"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini.
Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Pas juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran BN untuk mendekati golongan muda.
"Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.
Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan.
Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain.
Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murni dalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi. -Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/nasional/himpunan-hijau-mahu-lawan-gelombang-merah-kata-umno-1.52918

Nota kaki: Point pertama dia kata 100 ribu pada perhimpunan Merah (11 Mei 2012), mana yang 100 ribu tu? Aduyaii....
Point kedua Pas terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran Be End? Perhimpunan Hijau lebih kepada KeAgamaan, manakala Perhimpunan Merah (sesuai ngan warna Syaitan) lebih pada hiburan. Takkan leh sama kot bro. Aduyaiii...
Point ketiga: Dia nak tengok siapa yang sebenarnya ikhlas dan betul-betul berjuang untuk orang ramai? Ikhlas dari pemimpin dah jelas la PAS, dan dari orang ramai, berlebih-lebih lagi PAS juga. Sebabnya, tiada sebarang tawaran untuk menyogok orang ramai agar hadir ke Perhimpunan Hijau, tiada disediakan T-Shirt dan yang betul-betul disediakan percuma ialah bendera mini PAS. Itu sahaja. Jadi disini kita boleh nampak kedua-dua pemimpin dan rakyat sama-sama ikhlas berjuang. Takbir!!!
No comments:
Post a Comment