Siapa Mat
Indera
Haji Yassin |
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung
Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas
sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin , ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas
untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak
daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut.
Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar
Pontian sebagai guru agama.
Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.
Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong
Abu Bakar Daud |
Peranan Mat Indera di dalam tragedi
Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang
mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya
bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit
Kepong.
Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Kronologi
Peristiwa dan kaitan.
- Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.
- Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang Melayu . Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tak putus-putus melaungkan seruan “surrender”, “buang senapang tak mati”, agar polis-polis itu terselamat dari maut. Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan mati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru.
- Selepas pertempuran itu, Mat Indera memimpin rapat umum di kalangan massa. Mat Indera telah menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberangsang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan.
- Pertempuran menyerang Balai Polis Bukit Kepung mencerminkan betapa sengit dan menggeloranya perjuangan untuk kemerdekaan Malaya. Akan tetapi sayangnya ia telah disalah ertikan sebagai “keganasan” oleh penjajah dan juga oleh sebilangan orang yang berpendirian menyokong penjajahan. Sebuah filem Peristiwa Bukit Kepung telah diterbitkan untuk memutarbelitkan sejarah. Dalam filem itu, mereka yang membela penjajah dikatakan sebagai “pejuang, pahlawan” manakala yang berjuang menentang penjajah dikatakan sebagai “pengganas”. Ini benar-benar terbalik 180 darjat.
- Filem itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan massa rakyat. Golongan patriotik – demokratik menentang filem tersebut kerana memutarbelitkan kenyataan sejarah. Keluarga Mat Indera juga mengutuk filem itu kerana tidak betul dengan kenyataan sebenarnya.
—dipetik dari Memoir Abdullah C.D., Penaja dan
Pemimpin Rejimen Ke-10, muka 116 -117, terbitan SIRD,2007
Sejarah Mat Indera. Pengganas Komunis di Bukit
Kepong Atau Pejuang?
Tiba-tiba nama yang paling popular sekarang di
Malaysia adalah Mat Indera. Siapa yang boleh nafikannya? Tidak kira akhbar
daripada pro kerajaan mahupun pembangkang, ada sahaja berita dan artikel
mengenai Mat Indera……Yang tak minat sejarah, tiba-tiba timbul perasaan ingin
tahu dikalangan rakyat Malaysia terutamanya mengenai sejarah terutamanya
sejarah mengenai Mat Indera.
NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita
penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat
Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela
Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di
Siak.
Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas
oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai
petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya
pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.
Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu
Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi
pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap
membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama
kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan
tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan
selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana
kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.
Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada
penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan
tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.
Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum
ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak
tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang
kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.
Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo
yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo
dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban
untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat
Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur
kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.
Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua
tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu
ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.
Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri
menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang
tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai
reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.
Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang
menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam
tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas
kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.
“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan
mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan
Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia
seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.
“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai
pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan
yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika
itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya
Nota Kaki. Yang dipelikkan ialah, kenapa Polis
Bukit Kepong bermatian mempertahankan Bukit Kepong sedangkan pada masa tu
British yang memerintah. Kan tahun 1950, bukan tahun 1957. Apa-apa pun, artikel
kali ni adalah untuk kita sama-sama berfikir dan menilai.
No comments:
Post a Comment