Perlu kita ketahui bahawa fitnah yang dilemparkan oleh Muhyiddin
terhadap DS Anwar Ibrahim kononnya beliau memiliki RM3 Billion telah
dibuktikan tidak berasas pada tahun 2009.
Beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah melemparkan fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim
kononnya beliau memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang
bernilai RM3 bilion.
Oleh itu beliau menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk
membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung
dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul
Murad Khalid, 13 tahun lepas.
Rentetan dari fitnah Muhyiddin itu beberapa orang pencacai UMNO telah
turut menggesa agar pihak SPRM menyiasat dakwaan Muhyiddin itu..
Mungkin kerana sememangnya mereka itu bodoh atau telah selamat menjadi
mangsa pembodohan pemimpin UMNO, mereka terlupa bahawa Bekas pengarah
siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi bahawa
siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3
bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat,
didapati tidak berasas.
Berikut adalah laporan dari Malaysiakini pada Nov 11 2009
Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah
tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan
dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.
Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam
beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran
dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank
Negara, Abdul Murad Khalid.
Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi
siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam
akuan bersumpah Murad," katanya.
Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan
bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan
ditutup.
Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 -
kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan
perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.
Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah
RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press
(M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah
Ahmad.Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac
2002.
"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi
siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam
akuan bersumpah Murad, -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus -
Malaysiakini
Berikut pula adalah fitnah Muhyiddin itu..
Muhyiddin gesa Anwar jelas dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk
June 09, 2012
MUAR, 9 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20
akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti
terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara
Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil
dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu
bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.
"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan
tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar
atau tidak. Rakyat hendak tahu...pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat
yang bukan sedikit.
"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang
membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya
kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun
peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti
Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak
menjelaskan dakwaan itu.
Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap
pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas.
Sumber: Anak Sungai Derhaka
Nota Kaki: Pemimpin UMNO ni semua takkan sudah dengan fitnahan dia. Ingat la wahai Munyidin, agak2 kalau nak menang, ini bukan caranya,
No comments:
Post a Comment