Inilah yang terjadi apabila kita melakukan sesuatu hanya berlandaskan
nafsu tanpa menggunakan otak.. kononnya mahu menyaman bagi pihak UMNO..
tetapi diri sendiri tak berhak berbuat begitupun dia tak tahu..
Hasilnya ialah hanya membuang masa, membuang duit dan membuang tenaga..
Kesimpulannya ialah UMNO Pulau Pinang dah buat kerja bodo!! mai kita pakat gelak kat depa..ha..ha..ha..
KUALA LUMPUR
- Kes saman fitnah RM30 juta Pengerusi
Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ke atas Ketua Menteri, Lim
Guan Eng dan tiga yang lain ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak kes itu dengan kos.
Peguam Guan Eng, Jagdeep Singh Deo berkata, mahkamah menerima hujah
pihaknya bahawa Zainal Abidin tiada hak perundangan untuk menyaman
keempat-empat defendan, diterima.
Dipetik Star Online, dalam penghakiman 11 muka surat, Hakim Amelia berkata, mahkamah berpandangan bahawa
Zainal
Abidin bukan seorang yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan bagi
pihak Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memandangkan beliau bukan
pegawai yang didaftarkan sebagai penjawat awam di Pejabat Pendaftar
Pertubuhan bagi tujuan memulakan saman bagi pihak jawatankuasa Umno
negeri.
"Plaintif tidak boleh," kata beliau.
Selain itu, Hakim Amelia juga memutuskan bahawa tindakan berperwakilan tidak boleh diambil dalam prosiding saman fitnah.
Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober lalu dengan menamakan
Guan Eng, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita
elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen
Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily'
dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai
defendan.
Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain
yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang
kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan
fitnah. -
Sinar Harian
Laporan berkaitan..
UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng RM30 Juta
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk
Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta
terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berhubung kenyataannya mengaitkan
UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau
Pinang pada Julai lalu.
Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.
Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan
ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik
Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang
juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua
penyuntingnya, Fazallah Pit.
Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51,
memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi
pemimpin UMNO Pulau Pinang itu.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu,
Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya
disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan
pada 5 Julai lalu.
Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud
kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau
Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam
satu demonstrasi ganas yang berlaku di KOMTAR dan Jambatan Pulau Pinang
pada 1 Julai lalu.
Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Lim mengeluarkan satu lagi kenyataan
menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang disiarkan di laman
berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.
Zainal Abidin berkata, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya
beliau merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan
kononnya beliau terbabit dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.
Beliau berkata, akibat kenyataan itu, ia merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.
Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain
yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan satu injunksi bagi menghalang
kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan
fitnah itu. - BERNAMA
Sumber: Anak Sungai Derhaka
Nota Kaki: Muahahahahaha.... Tu la... Kalau dah kurang cerdik tu, buat la cara kurang cerdik. Kononnya nak saman, tapi akhirnya sendiri malu. Perasan dah besar sangat la konon, last-last mahkamah putuskan yang makhluk ni takde kapasiti untuk memulakan saman. Sekali lagi la... Muahahahahahaha
No comments:
Post a Comment