Monday, June 11, 2012

Ustaz Azhar digelar Maharaja Lawak oleh Dr Mashitah?

Ustaz Azhar digelar Maharaja Lawak oleh Dr Mashitah?


Dr Mashitah menulis di Sinar harian perihal "Bertauliah elak sindrom keliru", tulisan terbaru beliau di Sinar Harian.


Beliau menulis tentang sindrom keliru di kalangan masyarakat berkaitan pendakwah. Ini kerana latar belakang pendakwah yang meragukan termasuk selebriti yang bukannya pendakwah berwibawa.


Tulisan Dr Mashitah juga ada menyebut tentang lawak dalam ceramah. "berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak". Agak-agaknya kepada siapa tulisan ini ditujukan?


Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan. -Rujuk SinarHarian


Siapa Ustaz Azhar Idrus sebelum Menjadi Ustaz.

Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda.. Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..


Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook..

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Nota Kaki: Kita nak pilih untuk dengar yang mana satu? Satu manusia yang mungkin pada suatu masa dulu hu-ha-hu-ha tapi akhirnya berubah menjadi seorang Ustaz yang dihormati dan bersederhana, atau Ustazah yang suatu ketika dulu di hormati kerana sifatnya yang baik dan terpuji tapi akhirnya berubah menjadi Syaitan Bisu? Renung-renungkan lah, dan selamat beramal....

No comments:

Post a Comment

View in Offshore

View in Offshore
Taken from on top of Helideck