Ahli arkeologi mendakwa kedua-dua rangka ini ditikam dengan besi kerana khuatir ia akan bertukar menjadi puntianak.
SOFIA - Ahli arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan
batang besi dipercayai puntianak dari Zaman Pertengahan di sebuah
kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam, Sozopol.
Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu
menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20
sangat percaya dengan kewujudan puntianak.
Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat
semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada
mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses
pengebumian.
"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100
cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi.
Nota kaki: Kalau di Malaysia camna la agaknya. Pontianak pun leh ada kubur tu. Hehehe
No comments:
Post a Comment