JOHOR BAHRU - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta supaya tidak mengungkit dan menjaja pengorbanan mereka bagi tujuan meraih bantuan serta imbuhan daripada kerajaan.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata tindakan itu hanya akan memberi imej buruk kepada bekas tentera yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat. 


Kerajaan, katanya tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan veteran ATM malah sentiasa memastikan kebajikan golongan berkenaan terbela. 


"Saya amat kesal dengan tindakan segelintir bekas tentera yang cuba 'mengugut' kerajaan dengan mengungkit dan menjaja pengorbanan mereka selama ini," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan tahunan ke-44  Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri Johor di sini hari ini. 


Turut hadir Presiden PBTM Datuk Muhammad Abd Ghani dan Yang Dipertua PBTM Johor Kamis Mohd Nor.

  
Zulkiflee berkata penghargaan seharusnya datang daripada masyarakat dan kerajaan kerana pengorbanan veteran tidak ternilai.

Terdahulu ketika berucap, beliau melahirkan kekecewaan terhadap tindakan sekumpulan bekas tentera yang berhimpun di Putrajaya baru-baru ini semata-mata menuntut imbuhan daripada kerajaan.


Beliau menyarankan veteran tentera menyertai mana-mana persatuan bagi membolehkan segala masalah yang dihadapi mereka disalurkan kepada pihak atasan dengan cara yang lebih baik.


Sehingga kini, terdapat kira-kira 300,000 veteran tentera dengan kira-kira 5,000 pesara baru setiap tahun. 


Pada majlis itu, beliau menyerahkan Pingat Jasa Malaysia kepada 50 veteran ATM Johor.
 


Nota kaki: Diorang tuntut atas usaha diorang menggayakan senaman punggung haritu, bukan pasal menjaga keamanan tanahair pun. Bab jaga tanahair dulu tu, dah pun terima imbuhan masing-masing. Cuma yang kali ni belum lagi. Pada pakcik-pakcik yang buat senaman tu, kerajaan pun sedar, kalau takat buat senaman camtu dah minta macam-macam, baik diorang suruh K-Pop yang buat. Lagi ramai yang tonton. Silap-silap ada yang akan meniru lagi. K-Pop kan bergetah... Pakcik-pakcik semua dah mengendur dah.